fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Tiga PPS masih dibuka

IPOH, 27 November- Setakat pukul 10.00 malam, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 235  orang daripada 69 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah berbeza.
 
PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di daerah Hilir Perak menempatkan 36 penduduk daripada enam keluarga. 
 
Sementara iPPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.
 
PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama pula menempatkan 17 penduduk daripada enam keluarga.

 (Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 235  orang daripada 69 keluarga)

 

Media Baharu