fb fb fb fb fb

PAS tidak sertai kerajaan persekutuan, akan berperanan sebagai pembangkang - Takiyuddin

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 November- PAS tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbang daripada pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum.

(Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan/BERNAMA)

Keputusan itu juga dibuat bagi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya pengundi yang memilih PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin memberitahu PAS akan membincangkan mengenai tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan dengan rakan-rakan komponen PN.

 

Media Baharu