fb fb fb fb fb

Hubungan Persekutuan, Sarawak diperkukuh di bawah kerajaan perpaduan -Anwar

KUALA LUMPUR, 26 November- Hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh di bawah kerajaan perpaduan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook setelah menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengadakan pertemuan di kediaman Datuk Seri Anwar.

Jelas Perdana Menteri GPS menjadi antara tonggak selain Barisan Nasional, Parti Warisan dan GRS yang membentuk kerajaan perpaduan.

Dengan hubungan akrab, ia bakal melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan.

"Insya-Allah, hubungan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan," katanya.

Anwar turut berkongsi beberapa foto kunjungan itu dalam hantarannya di Facebook.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang
Openg bersama pemimpin lain di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor/FB Anwar Ibrahim)


GPS merupakan gabungan empat parti terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu-PBB; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS); dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Gabungan itu memenangi 23 daripada keseluruhan 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU ke-15 (PRU15)

Media Baharu