fb fb fb fb fb

Malaysia, Somalia mahu perkukuh hubungan dua hala

(Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 November- Malaysia berhasrat untuk terus meneroka cara memperkukuh hubungan dua hala dengan Somalia bagi merealisasikan perkara yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membalas ucapan tahniah daripada Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketika mengucapkan tahniah, Presiden Somalia itu turut menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Somalia.

“Terima kasih Presiden @HassanSMohamud atas ucapan anda. MaIaysia juga berhasrat untuk memperkukuh hubungan dengan Somalia bagi merealisasikan perkara yang saling menguntungkan kedua-dua negara,” menerusi hantaran di akaun Twitter.

Datuk Seri Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia, Somalia mahu perkukuh hubungan dua hala/FB
Anwar Ibrahim) 

Media Baharu