fb fb fb fb fb

Hayati prinsip kelima Rukun Negara ketika berkomunikasi dalam media sosial

(Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Istiadat Pembukaan Konvokesyen Universiti
Putra Malaysia (UPM) ke-46 sidang dua/BERNAMA)

SERDANG, 27 November- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan para graduan agar terus menghayati prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan ketika berkomunikasi dalam media sosial.

Baginda turut mengingatkan graduan supaya tidak memberi komen keterlaluan, dan mengeluarkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian atau hasad dengki.

"Kerana jika berlaku, boleh merosakkan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda.

"Beta ingin menggesa para graduan dan bakal alumni supaya meneruskan sinergi dengan alma mater UPM, sebagai tanda syukur atas pengorbanan yang dicurahkan warga universiti bagi merealisasikan kejayaan anda pada hari ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin yang juga merupakan Tuanku Canselor UPM, turut menyeru para graduan agar mempunyai intergriti, sekali gus menjadi warganegara bertanggungjawab dalam memajukan negara.


(Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan
pada Istiadat Pembukaan Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 sidang dua/BERNAMA)

Media Baharu