fb fb fb fb fb

Kerajaan baharu diharap kekalkan semua inisiatif penjawat awam

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 27 November- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengekalkan semua inisiatif untuk penjawat awam yang telah diumumkan kerajaan terdahulu.

Ini termasuk inisiatif yang telah diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-18 pada 30 Ogos dan pembentangan Bajet 2023 pada 7 November lepas.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, inisiatif tersebut telah dijanjikan oleh kerajaan selaku majikan kepada penjawat awam.

Antara inisiatif yang diumumkan untuk penjawat awam oleh kerajaan terdahulu ialah tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mulai Januari depan dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 sebanyak RM700 pada Januari.

Turut diumumkan BKK RM350 kepada pesara dan Bantuan Khas Aidilfitri RM600 pada Mac tahun depan.

Adnan juga berharap pertimbangan dan kebijaksanaan Perdana Menteri, untuk terus mengekalkan segala kemudahan yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini.


(Datuk Adnan berkata kerajaan baharu diharap kekalkan semua inisiatif penjawat awam)

Media Baharu