fb fb fb fb fb

Aspirasi, kesejahteraan rakyat tunjang konsep kerajaan perpaduan

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 27h November- Aspirasi dan kesejahteraan rakyat menjadi tunjang kepada konsep kerajaan perpaduan.

Ini mampu dicapai dengan kesepakatan pemimpin-pemimpin perpaduan dalam mendepani cabaran global pada masa depan.

Kini adalah masa untuk bekerja keras memastikan negara teguh dan kembali menyerlah di pentas dunia.

"Sejauh mana dapat direalisasikan adalah bergantung pada pucuk pimpinan yang dapat menubuhkan sepasukan menteri berkaliber dan berprestasi," kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

"Selain itu gabungan ini juga diharapkan boleh menjadi faktor penyelesaian kemelut pascapilihan raya ke-15 dengan syarat manifesto yang dijanjikan semua gabungan parti perlu dilaksanakan," kata Pensyarah Kanan Kolej Pengkomputeran, Informatik & Media UiTM, Shafezah Abdul Wahab.

"Jadi diharap mereka dapat duduk bersama berbincang dan meneliti manifesto yang masing-masing kemukakan dan melihat di manakah manifesto dan janji-janji berkenaan kepada rakyat boleh diselaraskan boleh tambah baik antara satu sama lain," kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM, Dr. Mazlan Che Soh.

(Aspirasi, kesejahteraan rakyat tunjang konsep kerajaan perpaduan/Foto fail)

Media Baharu