fb fb fb fb fb

TDM beri sokongan penuh kepada kerajaan

(Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyampaikan ucapan pada Program Jiwa
Murni Tentera Darat Malaysia 2022/BERNAMA)

GOMBAK, 27 November- Tentera Darat Malaysia sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada barisan kepimpinan negara, untuk memandu pasukan keselamatan itu ke arah lebih baik.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata TDM sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerajaan.

“Harapan TDM adalah yang terbaik (daripada kerajaan). Siapa sahaja yang memimpin dan menjadi kerajaan, kami akan sokong sepenuhnya dan sememangnya mengharapkan yang terbaik daripada mereka (kerajaan).

“Saya rasa pemimpin-pemimpin yang dipilih itu adalah dalam kalangan mereka yang bijaksana,” kata Zamrose selepas Majlis Penyerahan Rumah Asnaf Orang Asli bersempena Program Jiwa Murni TDM 2022 di Batu 12, di sini.


(Jeneral Tan Sri Zamrose menyampaikan replika kunci rumah kepada salah seorang asnaf Orang
Asli, Amek Pedik, 65, pada Program Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia 2022/BERNAMA)

Media Baharu