fb fb fb fb fb

Graduan perlu bersedia mendepani cabaran pekerjaan

BANGI, 27 November- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah para graduan perlu bersedia daripada setiap sudut dalam mendepani alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Baginda, yang juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertitah agar graduan mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental.

Keperluan itu memandangkan ramai pekerja baharu yang diberhentikan kerja, malah banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan juga tidak sepadan dengan kemahiran dan tahap pendidikan.

“Sebagai graduan baharu, kamu bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri tetapi juga kamu perlu bersaing dengan mereka yang telah berpengalaman, dalam mencari pekerjaan.

“UKM telah mengambil kira semua faktor dan perubahan terkini dalam merangka pelbagai inisiatif bagi membantu kamu untuk lebih bersedia ketika berhadapan dengan cabaran akan datang,” titahnya di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-50 di sini.

"Beta percaya, UKM telah mengambil kira semua faktor dan perubahan terkini dalam merangka pelbagai inisiatif bagi membantu kamu untuk lebih bersedia ketika berhadapan dengan cabaran akan datang," titah baginda.

Dalam masa sama, baginda turut bertitah antara inisiatif yang perlu diberi penekanan oleh para graduan adalah kemahiran dalam bidang keusahawanan dan ilmu dalam bidang teknologi maklumat.


(Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah graduan perlu bersedia daripada setiap sudut
dalam mendepani alam pekerjaan yang semakin mencabar)

Media Baharu