fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir dan hujan lebat mulai esok

KUALA LUMPUR, 27 November - Angin di rantau negara dijangka bertiup lemah pelbagai arah hingga esok.

Ia berpotensi menyebabkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang terutama di kawasan pedalaman dan pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam.

Mulai Selasa depan pula, angin kencang timuran dijangka mendominasi rantau negara yang membawa ribut petir berserta hujan lebat.

Negeri pantai timur Semenanjung dan Utara serta timur Sabah dijangka menerima hujan pada sebelah pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

(Manakala pada sebelah petang hingga malam, ia diramal
melanda negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah/FOTO BERNAMA)

Media Baharu