fb fb fb fb fb

Pelajar maut kemalangan motosikal

SIK, 27 November- Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Irsyadiah Pondok Ampang, Jeneri maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah lori.
 
Kemalangan berlaku di persimpangan jalan Kampung Gajah Puteh, di sini, lewat petang semalam.
 
Ketika kejadian, mangsa, Muhammad Naufal Muhammad Lutfi, 15 tahun, sedang membonceng motosikal yang ditunggang rakannya.
 
Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang datang dari arah jalan Sungai Tiang tidak sempat mengelak motosikal yang dinaiki mereka yang membelok masuk dari arah Kota Bukit menyebabkan berlaku pelanggaran antara kedua-dua kenderaan.
 
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa dipercayai melambung sebelum terjatuh di atas jalan raya.
 
Pasukan Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), diketuai Pengarahnya, Mahdzir Abd Hamid yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.59 petang tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Sik menggunakan ambulan BSYJM untuk rawatan lanjut.

Mangsa kemudian diberikan rawatan awal bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius sebelum dikejarkan ke Hospital Sik menggunakan ambulan BSYJM untuk rawatan lanjut.
 
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital akibat cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.
 
Manakala rakannya cedera ringan.

Media Baharu