fb fb fb fb fb

3 PPS di Perak, masih dibuka

IPOH, 27 November - Setakat pukul 10 pagi, jumlah penduduk terjejas banjir di Perak direkodkan seramai 209 orang melibatkan 65 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah berbeza.
 
PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di daerah Hilir Perak menempatkan 10 penduduk daripada dua keluarga. 

(Banjir di Perak)

Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung pula menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.
 
PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk daripada enam keluarga. 

Media Baharu