fb fb fb fb fb

Sultan Kedah kurnia Pangkat Kemuliaan kepada Che Puan Nur Julie

ALOR SETAR, 27 November- Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan Pangkat Kemurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada Che Puan Nur Julie Ariff.

Tunku Puan Mahkota Kedah dikurniakan gelaran ini selepas pernikahan baginda dengan Tunku Mahkota Kedah, Datuk Seri Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
 
Setiausaha Kerajaan negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali dalam kenyataannya berkata pengurniaan gelaran tersebut mengikut Perkara 30 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Tunku Shahzuddin Ariff Sultan Sallehuddin bersama isterinya Che Puan Nur Julie Ariff

Kurniaan Pangkat Kemuliaan Tunku Puan Mahkota Kedah berkuat kuasa hari ini.

Media Baharu