fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kuala Selangor berkurangan

(FOTO FAIL)

KUALA SELANGOR, 27 November - Jumlah penduduk terkesan akibat banjir, di sini turun kepada 228 orang setakat pukul 7.00 pagi tadi berbanding 280 orang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataannya memberitahu, seramai 92 individu daripada 30 keluarga masih mendiami Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru.

Tambahnya jumlah penduduk yang ditempatkan di PPS SK Sungai Sireh berkurangan dengan 62 mangsa daripada 18 keluarga masih berada di lokasi tersebut berbanding semalam.

(FOTO FAIL)

Media Baharu