fb fb fb fb fb

Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022

PUTRAJAYA, 27 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022.

Mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan itu bermula pukul 11.00 pagi tadi.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan isu lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat.

Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, beberapa langkah kadar segera juga akan diputuskan dalam mesyuarat hari ini berikutan terdapat keperluan mendesak berhubung isu kos sara hidup.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat
Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra hari ini.
FOTO BERNAMA

Beberapa pelan tindakan segera dan jangka panjang juga akan disenarai bagi mengatasi masalah berkenaan.

Media Baharu