fb fb fb fb fb

Kemalangan maut, langgar lori tunda berhenti di bahu jalan

BENTONG, 27 November- Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori tunda dan motosikal di Kilometer 76.2, Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.50 petang itu, mangsa yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, hasil siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tunda yang berhenti di bahu jalan di lokasi terbabit.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa dikenali sebagai Samad Cham mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Media Baharu