fb fb fb fb fb

Langkawi sasar tanam 10 juta pokok buluh

LANGKAWI, 27 November- Sebanyak 10 juta pokok buluh disasar ditanam dalam usaha memperkasakan ekonomi dan sosial komuniti melalui kaedah pendigitalan.

Ia turut dijadikan “pokok angkat” menerusi aplikasi Adopt A Bamboo yang dilancarkan Pertubuhan Amanah Warisan Kedah (PUTRA), dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

EXCO Pelancongan Kedah Mohd Firdaus Ahmad berkata, ia selari dengan usaha kerajaan yang menggalakkan pemain industri menjadi pencipta, pengguna dan mengadaptasi model perniagaan yang inovatif.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Bamboo Festival 2022 di Telaga Walk Langkawi.

EXCO Pelancongan Kedah Mohd Firdaus Ahmad

Ia turut menyaksikan pementeraian perjanjian persefahaman (MoU) antara PUTRA dengan Brogrammer Digital Sdn Bhd yang antara lain bertunjangkan kepada menjana pembangunan perniagaan dalam talian.

Media Baharu