fb fb fb fb fb

Ustaz Jafri, Dr Ala-Uddin kongsi ilmu di Karnival Sunnah

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 28 Jun – Hampir 2,000 pengunjung membanjiri perkarangan Taman Tamadun Islam malam tadi bagi mengikuti Program Forum Perdana: Sunnah Asas Kejayaan, sempena Karnival Sunnah Zon Timur 2.0.

Forum ilmiah yang dikendalikan oleh Fadzli Aziz itu menampilkan dua panel jemputan terkenal iaitu Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dan Ustaz Dr. Mohd Ala-Uddin Othman, yang berkongsi ilmu serta pandangan berkaitan penghayatan sunnah dalam kehidupan seharian.

Program berkenaan bertujuan mendekatkan masyarakat dengan nilai dan amalan sunnah yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah serta kejayaan umat Islam.

Forum turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan nasyid tersohor, Raihan, yang menyampaikan persembahan berunsur dakwah dan ketuhanan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Nasaruddin Abdul Mutalib serta Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Sabri Mansor.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD