KUCHING, 28 Jun - Anak-anak Sarawak digalakkan merebut peluang pendidikan percuma yang disediakan oleh kerajaan Sarawak mulai tahun hadapan.
Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata inisiatif itu selari dengan usaha kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti, sejajar dengan agenda pembangunan negeri.
Beliau juga menggesa ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi masa depan mereka.
“Agar kita dapat menyediakan sumber manusia Sarawak atau human capital yang lebih cemerlang di masa akan datang demi untuk menyediakan Sarawak kepada negeri maju makmur”
Tambah beliau, bidang pengajian yang ditawarkan juga bersesuaian dengan keperluan semasa dan agenda ekonomi baharu Sarawak.