fb fb fb fb fb

'Ustaz Budak' diarah bela diri

(Syamsul Zaman Sukri di Mahkamah Majistret Kota Bharu)

KOTA BHARU, 6 Disember- Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, mengarahkan pengurus sebuah madrasah, Syamsul Zaman Sukri membela diri atas pertuduhan mencabul seorang lelaki di sebuah hotel pada Disember 2020.

Majistret, Mohd Izdham Naim Che Ani membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syamsul Zaman, 33 atau lebih dikenali sebagai Ustaz Budak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syamsul Zaman membela diri pada 25 Januari depan dan tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah.

Dalam kes itu pihak pendakwaan memanggil lima saksi dan mahkamah mengguna pakai penilaian maksimum, selain mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan pengadu, jelas Mohd Izdham.

Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman dituduh melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada pukul 1.15 pagi pada 16 Disember 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

(Syamsul Zaman Sukri)

Media Baharu