fb fb fb fb fb

“Melaka Super Apps” dibangunkan ke arah Melaka Digital

BANDA HILIR, 6 Disember- Kerajaan negeri Melaka bercadang membangunkan aplikasi “Melaka Super Apps” ke arah Melaka Digital dalam tempoh empat tahun akan datang.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Melaka Super Apps akan memuatkan semua maklumat berkenaan negeri itu termasuk sejarah, kawasan pelancongan dan sebagainya.

Aplikasi itu akan dibangunkan dengan kerjasama syarikat teknologi.

"Kerajaan Melaka akan mempelawa mana-mana syarikat teknologi yang boleh membawa apps yang terbaik mengikut kaedah yang dikehendaki oleh kerajaan negeri. Jadi kita akan pilih yang terbaik. Kalau kita perlu belanjakan banyak wang. Jadi kita sedang mencari rakan kongsi.

"Kita tawar peluang perkongsian kepada syarikat yang dapat membangunkan aplikasi terbaik," kata Ab Rauf kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa SMART Melaka 2022 (SMIC 2022) di sini.

Menurut beliau sehingga kini terdapat 10 syarikat sudah menghantar kertas kerja kepada kerajaan negeri.

SMIC 2022 berlangsung selama dua hari hingga ESOK dengan penyertaan lebih 300 peserta.

(“Melaka Super Apps” dibangunkan ke arah Melaka Digital)

Media Baharu