fb fb fb fb fb

USM salur bantuan lebih RM100,000 kepada pelajar Palestin

Pelajar warganegara Palestin menerima sumbangan wang berjumlah RM2,000 daripada USM

GEORGE TOWN, 18 Disember- Universiti Sains Malaysia (USM) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah lebih RM100,000 kepada 53 mahasiswa warganegara Palestin.

Masing-masing menerima bantuan sebanyak RM2,000 sebagai tanda keprihatinan terhadap krisis dihadapi keluarga mereka di Palestin.

Pelajar Palestin Majed Habib yang ditemui berkata, "terima kasih kepada USM atas sumbangan yang diberikan. Ini merupakan perkara yang baik bagi membantu kami yang tinggal di sini.

"Kami juga tidak mempunyai cara untuk menerima wang daripada keluarga berikutan konflik yang tercetus," katanya.

Sementara itu bagi Mahmoud M. A Brieka, dia turut kehilangan bapanya dalam serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada bantuan yang diberikan termasuk pihak USM. Ia memberikan kami sedikit kelegaan kepada kami. Malaysia terlalu baik kepada kami," katanya.

Pemberian sumbangan wang itu bertujuan meringankan beban pelajar-pelajar Palestin yang terkesan dengan konflik yang tercetus akibat serangan rejim zionis.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Naib Canselor USM Profesor Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI