fb fb fb fb fb

Komitmen semua pihak diperlukan, sokong peralihan kepada tenaga bersih

Datuk Seri Anwar Ibrahim

TOKYO, 18 Disember- Malaysia menyeru semua pihak memberi komitmen bagi menyokong usaha peralihan tenaga bersih. Ia meliputi aspek pembiayaan, insentif, teknologi dan infrastruktur kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC), di Tokyo.

Anwar turut menegaskan kepentingan usaha memulihara sumber alam bagi mengimbangi pelepasan karbon selain menuntut kebersamaan negara maju ke arah inisiatif menuju sifar karbon.

"Di kesempatan ini juga saya merayu kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida untuk mengajak negara perindustrian untuk memegang komitmen mereka membantu usaha pemuliharaan hutan," katanya.

AZEC merupakan platform kerjasama serantau mengangkat agenda neutraliti karbon dan peralihan tenaga ke arah sasaran pelepasan sifar karbon. 

Lebih 350 projek dilancarkan menerusi kerjasama AZEC melibatkan negara ahli dan syarikat Jepun sejak inisiatif dilancarkan pada tahun 2022.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI