(Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bercakap pada sidang media selepas
menghadiri Majlis Bersama Media di Nilai, Negeri Sembilan)
NILAI, 15 Oktober - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, tampil sebagai universiti awam yang pertama di negara ini yang mewujudkan saluran 'podcast' untuk komuniti.
Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata hasil penyelidikan, penerbitan serta promosi berkaitan USIM akan disampaikan menerusi konsep koleksi atau siri fail audio digital yang disediakan untuk dimuat turun atau didengar melalui internet.
Peringkat awal pelancaran saluran podcast USIM adalah dengan enam teras siri audio iaitu Study@USIM, USIM Engaged, Inspiring Alumni, Our Research and Innovations, Publications and INAQ@USIM.
"Podcast USIM adalah IPTA pertama menghasilkan podcast yang dihoskan di Spotify, jadi dalam podcast USIM kita ada beberapa segmen antaranya adalah..satu,
(Naib Canselor USIM, Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menyampaikan sijil penghargaan kepada
Penolong Pengarah Unit Suntingan Bahasa Melayu Berita Ehwal Semasa RTM, Norianti Nordin)
Sementara itu USIM juga tampil sebagai universiti awam yang pertama menerbitkan jurnal secara audio menerusi saluran podcast.
Projek perintis itu diharap dapat memperluas maklumat berkaitan program pengajian, penyelidikan, penglibatan masyarakat dan aktiviti pelajar kepada peringkat komuniti.
Menerusi majlis sama, wartawan Berita Ehwal Semasa RTM, Hanna Adlint Nasatiun Ahmad dan jurukamera, Mohamad Azree Zubir turut diberi penganugerahan Wartawan Aktif serta Jurukamera Aktif yang kerap berkolaborasi bersama USIM dalam menghasilkan liputan berita yang bermanfaat.