fb fb fb fb fb

JBPM terbitkan buku panduan prosedur 'Labuan Emergency Mutual Aid' (LEMA)

(Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Edwin Galan Teruki bercakap pada sidang 
media selepas menyaksikan majlis menandatangani Buku Manual Prosedur LEMA)

LABUAN, 15 Oktober - Kemajuan sektor ekonomi Labuan dipacu dengan perkembangan industri minyak dan gas dengan kebanyakan syarikat bertaraf antarabangsa menubuhkan cawangannya di pulau ini.

Oleh itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus komited terhadap tugas dan tanggungjawab dalam aspek keselamatan kebakaran menerusi penerbitan buku panduan prosedur 'Labuan Emergency Mutual Aid' (LEMA) ketika berlakunya sebarang insiden atau bencana.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Edwin Galan Teruki berkata penyediaan buku panduan itu akan memantapkan lagi hubungan kerjasama sama ada melibatkan agensi kerajaan, swasta dan syarikat mengenai prosedur kecemasan secara dalaman.


(JBPM terbitkan buku panduan prosedur 'Labuan Emergency Mutual Aid')

Selain itu, ia juga bersesuaian dengan empat teras utama yang digagaskan di bawah Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2021-2030.

"Jadi keselamatan kerjasama ini penting.. sebab jikalau lah berlakunya kebakaran yang melibatkan gas dan petrol ini, kita perlu mengarahkan semua kepakaran, logistik dan semua yang ada di Labuan ini supaya kita pandai menangani atau padam kebakaran dengan secepat mungkin, saya juga menyarankan kepada semua industri yang berisiko tinggi seperti di Labuan ini supaya sentiasa mengamalkan 'higher safety awareness' (kesedaran keselamatan yang tinggi) di tempat kerja," kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Buku Manual Prosedur LEMA, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias dan Pengarah JBPM Labuan Ismaidi Ismail.

Media Baharu