fb fb fb fb fb

Masih ada ruang untuk kerjasama UMNO, PAS - Annuar

(Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Ketereh dan pelancaran jentera pilihanraya Barisan Nasional Ketereh/ Foto BERNAMA)

KOTA BHARU, 15 Oktober - Masih ada ruang antara UMNO dan PAS untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata pintu rundingan antara kedua-dua parti perlu sentiasa dibuka supaya permuafakatan orang Melayu dapat diperkasa.

Justeru, beliau berharap pucuk pimpinan dapat mengambil pendekatan yang bijaksana untuk berunding.

UMNO dan PAS juga boleh menjadi tunjang terhadap penyatuan ummah.


(Tan Sri Annuar Musa bersama para Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh pada Mesyuarat Perwakilan UMNO
Bahagian Ketereh dan pelancaran jentera pilihanraya Barisan Nasional Ketereh/ Foto BERNAMA)

"Muafakat di kalangan rakyat, di kalangan pengundi di akar umbi antara UMNO dan PAS pada saya masih ada ruang boleh kita terokai dan mungkin itu akan membawa kepada kerjasama yang lebih luas, jadi masa masih ada pada saya dan saya secara peribadi masih mengharapkan pucuk pimpinan terus berikhtiar mencari jalan yang penting, kita nak tengok kawasan-kawasan parlimen majoriti Melayu hendaklan menjadi satu 'force' yang 'solid' untuk memberikan kestabilan," kata beliau selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Barisan Nasional di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, Melor, di sini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata PAS masih terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik pada PRU15 termasuklah merealisasikan penyatuan ummah.

Media Baharu