fb fb fb fb fb

KPDNHEP lancar penandaan Logo Barangan Malaysia baharu

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melakukan
gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022/ Foto BERNAMA) 

JOHOR BAHRU, 15 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan penandaan Logo Barangan Malaysia baharu, melibatkan perluasan kepada tiga kategori logo.

Inisiatif tersebut berkuat kuasa 1 November ini dan ia membolehkan lebih banyak syarikat memohon dan mendapatkan pengiktirafan penandaan logo tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perluasan kategori logo terbahagi kepada tiga, iaitu Produk Malaysia, Buatan Malaysia, dan Rekaan Malaysia.

Penandaan logo tersebut akan menjadi pemangkin serta nilai tambah dan jaminan kualiti produk keluaran tempatan yang telah menjalani saringan kualiti.

Ia secara tidak langsung, mewujudkan permintaan, terhadap bahan mentah utama yang dikeluarkan negara, seterusnya meningkatkan aliran tunai, dalam ekonomi domestik.


(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melawat gerai jualan Keluarga Malaysia semasa hadir pada
Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022/ Foto BERNAMA)

"Dengan logo beli barangan Malaysia ini, sudah tentunya, dalam rekod-rekod kita ada, dalam tahun-tahun lampau, sehingga ke hari ini, memang ada peningkatan aktiviti 'domestic trade' atau pun perniagaan dalam negeri, jadi dengan banyak peningkatan sehingga ke sekarang dah berbilion ringgit, ya, jadi kita untuk tahun ini, sasaran sekurangnya 2.5 peratus daripada tahun yang sudah," kata beliau selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022, di sini.

Inisiatif menyasarkan lebih banyak produk tempatan berkualiti dapat dihasilkan, bagi mengurangkan kerbentangungan produk luar negara dan kemasukan barangan import.

Ia juga bertepatan dengan sasaran KPDNHEP, bagi memastikan keluaran tempatan diiktiraf di peringkat domestik dan antarabangsa.

Media Baharu