(Datuk Seri Ismail Sabri (berdiri dua, kanan) meluangkan masa beramah mesra bersama orang ramai pada
Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh/BERNAMA)
AYER KEROH, 14 Oktober- Kira-kira 3,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.
Pengunjung yang ditemui meluahkan rasa keterujaan berpeluang bertemu perdana menteri dan kepimpinan kerajaan negeri selain menikmati pelbagai juadah istimewa yang disediakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail turut berkesempatan beramah mesra dengan ribuan pengunjung yang hadir.
"Selain hendak tengok pameran ini tahulah macam sekarang ini jelajah apa Aspirasi Keluarga Malaysia bawa anak salah satu hendak cuba dekat anak pada orang kata dunia sosial yang luas," kata pengunjung, Azmee Marazwan.
"Yang membuatkan hendak saya datang banyak produk Melayu contohnya kita boleh beli, boleh cuba dan kita boleh bawa balik kita sokong produk Malaysia," kata seorang lagi pengunjung, Misizan Salehudin.
"Saya sebenarnya datang sini bercuti kemudian nampak iklan semua kata di Melaka itu kita singgah kita singgah hendak tengok keadaan di sini setakat ini kita masuk sini memang bagus, kawasan sejuk apa semua dan ada kenduri rakyat," kata Siti Nursuhada Salehudin.
Antara juadah menjadi tumpuan pastinya asam pedas, kuih serabai dan kuih bakar.
Lebih 10 pengusaha makanan terlibat menyediakan juadah makanan sepanjang kenduri berlangsung.
"Hari ini saya dapat awalan tadi Rm1,000 permulaan ini untuk lagi sampai pukul dua RM600 jadi kalau ada tambahan akan akan beritahu baliklah," kata peniaga, Asrul Effendi Abd Aziz.
(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga
Malaysia Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh/BERNAMA)