fb fb fb fb fb

Peningkatan pengeluaran ladang ternakan atasi kekurangan bekalan telur ayam

(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga, kiri) gimik pelancaran pada
Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 14 Oktober- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan libat urus bersama Jabatan Veterinar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur ayam yang dihadapi beberapa kawasan dalam negara, ketika ini.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, libat urus tersebut akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kadar pengeluaran telur dalam kalangan pengusaha ladang ternakan.

Pihaknya bersama penguat kuasa akan menjalankan pemantauan terhadap pembekal dan penternak bagi mengawasi sebarang kesalahan undang-undang.

Menurut beliau bekalan makanan asas lain masih mencukupi menjelang Perayaan Deepavali, 24 Oktober ini.

"Biasa apabila menjelang sesuatu perayaan, memang kita akan ada skim harga maksimum musim perayaan. Jadi Depavali ini, seperti perayaan lain kita gunakan kaedah yang sama bagi kita menawar harga kepada barangan tertentu sahaja yang terpilih, yang mungkin kalau kita tidak kawal, akan naik mendadak," kata Alexander selepas merasmikan Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 di sini.

(Datuk Seri Alexander dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kempen Beli
Barangan Malaysia
2022)

Media Baharu