fb fb fb fb fb

Tiada ejen dilantik untuk semua perkhidmatan imigresen

Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Beberapa akaun media sosial dikesan secara terbuka mempromosikan perkhidmatan imigresen tidak sah.

Tegas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk menguruskan sebarang perkhidmatannya.

Ini termasuk urusan keluar masuk negara, menghapus status disenarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen, JIM serta permohonan program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tidak wujud.

"Siasatan awal mendapati akaun-akuan media sosial ini mengenakan bayaran tertentu terhadap setiap perkhidmatan yang ditawarkan."

"Aktiviti ini satu bentuk penipuan dan cubaan untuk memperdaya orang ramai dengan mengaitkan JIM bagi mengaut keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.

JIM menyeru semua pihak agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau iklan tersebut.

Jelas beliau, segala urusan berkaitan imigresen hanya boleh dilakukan di Pejabat Imigresen.

"JIM tidak berkompromi dan terus menjalankan pemantauan serta siasatan terhadap akaun media sosial terlibat sebelum tindakan undang-undang diambil,” katanya lagi.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI