fb fb fb fb fb

Malaysia, Perancis ulangi pendirian gesa gencatan senjata di Gaza

Foto FB Anwar Ibrahim

PARIS, 5 Julai - Malaysia dan Perancis mengulangi pendirian kedua-dua negara bagi gencatan senjata di Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan segera.

Gesaan itu dibuat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Istana Elysee di sini.

Presiden Macron dan Datuk Seri Anwar bersetuju gencatan senjata kekal harus dilaksanakan di Gaza serta pembebasan tebusan perlu dilakukan.

Presiden Perancis berkata penyelesaian dua negara ialah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu Palestin - Israel.

"Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi. Buat masa ini, Israel perlu membenarkan bantuan sampai ke Gaza," kata Macron.

"Keamanan menuntut kerjasama daripada kedua-dua pihak, saya bersetuju dengan anda. Sebab itu juga kami komited terhadap penyelesaian dua negara," kata Datuk Seri Anwar.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI