fb fb fb fb fb

MAQIS tahan kontena bawa 23 tan daging lembu dari Brazil

Foto Ihsan Maqis

SELANGOR, 15 Oktober- Cubaan sebuah syarikat tempatan membawa masuk daging lembu sejuk beku dari Brazil tanpa permit import sah gagal apabila ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor.

Daging dianggarkan bernilai RM476,000 yang dibawa menggunakan sebuah kontena itu ditahan Rabu lepas.


(Kontena berisi 23 tan daging dari Brazil / Foto Ihsan Maqis)

Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim dalam kenyataannya memberitahu, daging seberat 23 tan tersebut ditahan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat.

Pemeriksaan dilaksanakan terhadap kontena tersebut kira-kira jam 10 pagi dan mendapati dagangan yang dibawa masuk tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Mohd Sobri berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

Media Baharu