fb fb fb fb fb

Ekonomi Kedah bakal dirancakkan dengan pembinaan kilang baharu

AMERIKA SYARIKAT,15 Oktober-  Ekonomi Kedah bakal dirancakkan lagi dengan pembinaan kilang baharu di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP). Langkah syarikat pembekal bahan komponen dan penyelesaian sistem ketepatan, Ferrotec Holdings Corporation untuk membina kilang baharu di Taman Teknologi Tinggi Kulim, (KHTP) akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Kedah dan meningkatkan pendapatan perkapita penduduk negeri ini.

Dilengkapi jentera dan teknologi termaju, kilang yang bakal mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan itu dijangka mula beroperasi September tahun depan.


(Exco Kanan Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah, Datuk Dr Ku Abd Rahman
Ku Ismail dan wakil syarikat Ferrotec Holdings Corporation)

Exco Kanan Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, kilang tersebut milik syarikat pembekal bahan komponen dan penyelesaian sistem ketepatan, Ferrotec Holdings Corporation.

Syarikat yang berpengkalan di San Fransisco, Amerika Syarikat itu akan melabur RM700 juta untuk pembinaan kilang tersebut.

Ferrotec akan memulakan pembinaan kilang itu dengan segera dan syarikat itu menjangkakan kilang yang akan dilengkapi jentera dan teknologi termaju itu akan mula beroperasi menjelang September tahun depan.

Ia akan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, syarikat berkenaan mengeluar dan menjalankan kerja pemasangan elektro-mekanik dan fabrikasi bahan termaju bagi peralatan semikonduktor.

Katanya, pembinaan kilang baharu di KHTP akan membantu mengukuhkan rantaian bekalan dan ekosistem semikonduktor di kawasan perindustrian tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada Ferrotec kerana memilih Kedah untuk melabur dan mendirikan kilang baharu.

Datuk Wira Doktor Ku Abd Rahman berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kilang Ferrotec di San Fransisco, Amerika Syarikat.

Sempena lawatan itu, beliau turut diberi taklimat mengenai operasi dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.





















Media Baharu