fb fb fb fb fb

Hasrat dua lelaki bawa lari lori curi, gagal

KULIM, 15 Oktober- Hasrat dua lelaki untuk meraih keuntungan selepas melarikan sebuah lori tidak kesampaian apabila kedua-duanya dicekup pihak polis dalam tempoh kurang lapan jam selepas melarikan kenderaan tersebut.

Kedua-dua suspek ditahan di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata dalam kejadian pada pukul 9 pagi Khamis lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki memaklumkan kehilangan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso berwarna putih yang diletakkan di sebuah Kilang di Taman Damai, Padang Serai, Kulim.

Pihak polis bertindak sejurus menerima maklumat dan telah berjaya mengesan dan menangkap dua orang lelaki bersama sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso berwarna putih di suatu lokasi sekitar Sungai Petani pada pukul 5.00 petang hari yang sama.

Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau berkenaan kesalahan jenayah dan dadah.

Ujian saringan urin terhadap kedua-dua tangkapan didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Kedua-dua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


(Lori yang dicuri oleh dua suspek)

Media Baharu