fb fb fb fb fb

Tren sewa khas terpanjang tawar koc unik ikut keperluan pelanggan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Buat julung kalinya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan tren sewa khas terpanjang, bersempena dengan Program Great Eastern Takaful Berhad (GETB) National Final Sprint 2022.

Kereta api sepanjang 500 meter itu membawa 22 gerabak beserta 1 lokomotif ke Stesen Taiping dari Stesen Kuala Lumpur.


(Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman) 

Acara pelepasan tren sewa khas terpanjang tersebut disempurnakan Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman.

Program GETB juga dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana melibatkan larian tren terpanjang dengan bilangan peserta paling ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman, larian tren terpanjang ini menyediakan sebuah koc eksklusif, tiga buah koc tempat tidur, dua buah koc tempat duduk premier kelas pertama.

"Great Eastern Takaful telah memecahkan rekod sebanyak 700 ejen-ejen yang kuat, ejen kita yang dapat mencapai kejayaan, mendapat kejayaan untuk direkod berada dalam tren sepanjang 1.4 km dan 23 koc. Jadi, alhamdulillah kita telah pecah rekod itu. dan tujuan serta objektif kita adalah untuk memberi kesedaran betapa pentingnya takaful dan perlindungan yang ada kepada semua masyarakat," katanya.

Tren sewa khas KTMB diperkenal pada tahun ini; menawarkan koc-koc unik seperti koc persidangan, koc event, koc chillax dan koc basikal.

KTMB turut menawarkan koc persidangan untuk memenuhi citarasa agensi-agensi korporat; bermesyuarat atau bersidang di dalam tren.

Kesemua koc tersebut menyediakan fasiliti berbeza serta boleh disediakan bersekali; mengikut permintaan dan citarasa pelanggan.

Media Baharu