fb fb fb fb fb

Sasaran 40% Kadar Kitar Semula Kebangsaan bakal dicapai menjelang 2025

ISKANDAR PUTERI, 15 Oktober- SW Corp menghampiri sasaran 40 peratus Kadar Kitar Semula Kebangsaan menjelang 2025 dengan kadar tersebut berada pada 33 peratus, setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SW Corp, Ismail Mokhtar berkata peningkatan tersebut merupakan penanda aras bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kitar semula, semakin meningkat.

Antara inisiatif SW Corp bagi meningkatkan lagi kesedaran awam ialah menganjurkan Program Larian 3R Fun Run yang memerlukan peserta memberi sekurang-kurangnya sepuluh botol plastik sebagai yuran penyertaan.

Program tersebut disertai 500 peserta dan telah berjaya mengumpul 7,438 botol untuk dikitar semula secara tidak langsung mengurangkan kemasukan botol plastik ke pusat pelupusan sampah.

Selain itu, SW Corp turut mengumpul 700 kilogram barangan kitar semula menerusi program 'Trash to Cash' yang menawarkan mata ganjaran berbentuk wang kepada orang ramai yang menghantar barangan kitar semula.

"Kita boleh ukur kesedaran itu menerusi kilang. Mungkin selepas program itu ramai orang sedar, mereka pergi hantar untuk kitar semula. Kita tak arahkan dia untuk hantar ke pusat pengumpulan.

Tidak ada masalah nak hantar ke mana pun, janji tidak ke tapak pelupusan," kata Ismail kepada RTM menjelaskan berhubung program 'Trash to Cash' itu selepas menyertai Program 3R Fun Run, Let’s Recycle 2022, di sini.


(Ketua Pegawai Eksekutif SW Corp, Ismail Mokhtar berkata demikian kepada RTM selepas
menyertai Program 3R Fun Run, Let's Recycle 2022)

Johor mempunyai 1,373 fasiliti membeli dan menerima barangan kitar semula di seluruh negeri.

 

Media Baharu