fb fb fb fb fb

KWSP perkasa sistem pengurusan berintegriti

Foto FB Nizam Abu Bakar Titingan

TAWAU, 7 Julai -Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus memperkukuh usaha mencegah rasuah dan membudayakan integriti dalam kalangan warganya.

Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, inisiatif dilaksana melalui penganjuran Majlis Hari Integriti dan Antirasuah KWSP Wilayah Sabah & WP Labuan 2025.

Katanya, pendekatan berterusan KWSP dalam memperkukuh tadbir urus dan memperkasakan sistem pengurusan integriti menjadi teras utama dalam usaha mengekang gejala rasuah secara berkesan.

"Usaha ini akan menjadikan KWSP satu organisasi yang berintegriti, menolak amalan rasuah dan amalan sebegini, akan menjadikan negara kita lebih sejahtera.

Ekonomi kita juga akan lebih baik dan inilah sebenarnya hasrat dan tujuan kerajaan Malaysia Madani khususnya bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor," katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Hari Integriti dan Antirasuah KWSP Wilayah Sabah & WP Labuan 2025 di sini.

Majlis bertemakan “Integriti Teras Kecemerlangan” itu menyaksikan komitmen KWSP bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjayakan agenda antirasuah di peringkat organisasi.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI