fb fb fb fb fb

Pendakwah perlu jaga maruah, elak salah guna agama

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar./BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Julai -Golongan pendakwah diingatkan tidak mempergunakan agama dan kedudukan mereka demi kepentingan peribadi atau terlibat dalam perlakuan tidak bermoral.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, mereka harus sentiasa memelihara akhlak, integriti dan maruah diri sejajar dengan ajaran Islam.

Selain, mematuhi garis panduan dan etika yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

"Saringan latar belakang serta kelayakan pendakwah juga perlu diperkukuh bagi memastikan kandungan dakwah yang disampaikan tidak mengelirukan atau mencetuskan fitnah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memandang serius isu penyebaran video seks melibatkan seorang penceramah bebas yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Katanya, perbuatan sebegitu bukan sahaja menjatuhkan maruah individu tetapi turut menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi dakwah dan agama.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak terburu-buru membuat hukuman atau menyebarkan aib individu, sebaliknya memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN