KUALA LUMPUR, 7 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi enam sekeluarga yang ditemukan lemas di dalam sebuah kereta di Sungai Korok.
Menerusi perkongsian di X, Datuk Seri Anwar yang turut berdukacita berharap agar keluarga mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian berat tersebut.
"Moga mereka (keluarga mangsa) dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
Terdahulu, mayat enam sekeluarga yang hilang sejak Sabtu lepas, ditemukan di dalam sebuah kereta di dalam Sungai Korok, dekat Jitra hari ini.
BERITA BERKAITAN: