KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Pengaplikasian teknologi digital amat penting dalam membawa produk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) ke peringkat antarabangsa.
Menurut Penganalisis Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berpendapat, golongan tersebut juga perlu mampu berdiri sendiri bagi jangka masa sederhana dan panjang tanpa bergantung terus kepada kerajaan semata-mata.
Selain itu, ia juga membantu kelestarian perniagaan usahawan PMKS itu sendiri.
"Apa yang diperlukan ialah mungkin mekanisma yang berbeza. Sebelum ini cabaran pengoperasian PKP namun kini cabarannya adalah inflasi pula yang memerlukan fokus dan cara yang berbeza daripada pihak kerajaan dan pihak berwajib.
Peniaga perlu bangkit demi kelangsungan jangka masa panjang," kata Mohamad Faisal ketika bercakap dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini.
Ke arah itu, penyediaan infrastruktur, sistem yang berkesan dan ampuh oleh pihak berwajib perlu dilaksanakan terutama bagi membantu usahawan yang berada di kawasan luar bandar.
(Foto Hiasan/BERNAMA)