fb fb fb fb fb

Cadangan penetapan dua peringkat harga minyak masak akan diputuskan kabinet

(Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid pada  Perasmian Mesyuarat Ke-67
Asean Working Group On Intellectual Property Cooperation (AWGIPC) di Banda Hilir)

BANDA HILIR, 22 Ogos- Perbicangan telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dalam melaksanakan penetapan dua harga bagi minyak masak kegunaan domestic dan eksport.

Demikian kata Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai penetapan harga maksimum minyak masak botol di negara ini.

”Memang kita bincang, ada cadangan untuk buat dua peringkat harga, untuk domestik dan untuk dieksport. Tapi setakat ini, kita dengan MPIC sudah bermesyuarat tapi belum ada keputusan.

"Dan keputusan ini, walaupun masing-masing sudah bersetuju, tetapi akhirnya kabinet yang akan putuskan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Mesyuarat Ke-67 Asean Working Group On Intellectual Property Cooperation (AWGIPC) di Banda Hilir.

Katanya, dengan penetapan harga tersebut diharap dapat meringan beban negara khususnya melibatkan minyak masak bersubsidi.


(Foto Hiasan)

Media Baharu