fb fb fb fb fb

Melaka tubuh jawatankuasa AED

(Foto Hiasan)

KLEBANG, 22 Ogos- Jawatankuasa bagi penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED) atau jawatankuasa AED akan ditubuhkan kerajaan negeri Melaka.

Tujuannya bagi menyelaras pemasangan, latihan dan penggunaan peralatan berkenaan di bangunan kerajaan serta kawasan pelancongan di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Salleh berkata usaha itu selaras dengan misi Kementerian Kesihatan (KKM) mewajibkan pemasangan peranti itu di semua bangunan serta fasiliti kerajaan seluruh negara pada 2025.

“Jawatankuasa akan ditubuhkan dalam beberapa minggu ini, untuk menyelaraskan program ini dan menyelaraskan AED di semua tempat, supaya kita nak bagitahu bahwa Melaka ini menjadi tumpuan pelancong setiap minggu.

"AED ini ditempatkan di kawasan-kawasan tumpuan maka ia dapat memberikan kelegaan yang besar kepada mana-mana pelancong yang datang,"katanya.

Untuk melancarkan proses itu juga, kerjasama daripada jabatan dan agensi berkaitan diharapkan untuk kos pemasangan peralatan berkenaan.

Buat masa ini, sebanyak 10 AED telah dipasang di bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh yang disumbangkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Dr Muhammad Akmal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Care for Your heart di Klebang.


(Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Dr Muhammad Akmal Salleh)

Media Baharu