fb fb fb fb fb

Patuh etika media sosial, tunjang keharmonian masyarakat

KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Pengguna harus lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menggunakan media sosial bagi memastikan keharmonian negara terpelihara.

Menurut Ketua Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa , Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor, ini kerana medium tersebut merupakan antara perantara penting dalam memupuk perpaduan rakyat.

"Mana-mana wacana yang negatif, kalau kita dapat bertindak balas secara baik dan ilmiah maka itu akan makan diri. Dalam masa yang sama impaknya terlalu besar, merosakkan dan mengganggu kesepaduan masyarakat Malaysia.

Oleh itu, kita perlu ambil tindakan secara berkadar dalam memastikan kebebasan itu tidak digugat dan boleh digunakan secara bertanggungjawab," kata Dr. Muhamad Nadzri dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara maya.

Sebarang perkongsian yang berbaur perkauman terutama yang mampu mengganggu gugat ketenteraman negara seharusnya dielakkan.

Jelas beliau, ia penting dalam merealisasikan konsep Keluarga Malaysia yang menggariskan tiga teras utama iaitu iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam masyarakat yang majmuk.


(Ketua Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains dan Kemanusiaan
UKM, Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata demikian dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini)

Media Baharu