fb fb fb fb fb

PKS digesa daftarkan produk dibawah MyIPO - KPDNHEP

BANDAR HILIR, 22 Ogos- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diseluruh negara disaran untuk mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ini kerana sehingga Jun lalu hanya 8,360 permohonan tempatan bagi cap dagangan didaftarkan di MyIPO.

Menurut Timbalan Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, kerajaan menawarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 dengan peruntukkan RM4 juta bagi tempoh empat tahun bermula tahun ini hingga 2025.

Beliau berkata dana berkenaan merangkumi pembiayaan fi bagi kesemua pemfailan komponen harta intelek iaitu cap dagangan, paten, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi.

”Saya berharap agar usahawan PKS dapat mendaftar produk masing-masing dgn MyIPO kerana dengan adanya perakuan tersebut maka IP ataupun produk mereka akan dapat dijaga. Mengikut data, kesedaran itu masih lagi kurang. Ia amat penting untuk tujuan dokumentasi, urusan mahkamah dan sebagainya melalui pendaftaran yang bernilai RM900 untuk 10 tahun," kata Rosol kepada pemberita RTM selepas Perasmian Mesyuarat Ke-67 Asean Working Group On Intellectual Property Cooperation (AWGIPC), di sini.


(Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata demikian selepas Perasmian Mesyuarat
Ke-67 Asean Working Group On Intellectual Property Cooperation (AWGIPC))

Mesyuarat 67 AWGIPC berlangsung dari 22 hingga 26 Ogos ini di Melaka dengan tujuan menyelaraskan kerjasama dalam bidang harta intelek di rantau ASEAN.

Media Baharu