(Datuk Seri Vida ketika memperagakan barang kemas di Pameran Penang Signature Gold)
BAYAN LEPAS, 22 Ogos- Usahawan terkenal kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menggayakan barang kemas bernilai RM1 Juta pada pameran Penang Signature Gold dan Barang Kemas di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas.
Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai DSV dipilIih sebagai wajah selebriti bagi memperagakan barang kemas dalam koleksi ‘Only You’ untuk sebuah syarikat pengeluar barang kemas.
DSV dipilih oleh pengasas jenama itu, Foo Chai Luen bagi meningkatkan populariti penjenamaan barang kemas keluarannya memandangkan figura itu sudah sinonim dalam memperagakan barang perhiasan berharga.
Pihaknya juga percaya, inovatif yang dilakukan terhadap barang kemas yang dicipta itu mampu membuatkan ia terkenal dengan jolokan koleksi barang kemas luar biasa.
Pameran berkenaan akan berlangsung selama tiga hari juga bagi menarik minat para peniaga emas menerusi koleksi-koleksi yang diketengahkan setiap pengilang.
Ia merupakan satu-satunya pameran emas di Asia Tenggara anjuran Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas Pulau Pinang (PGJA) dan Elite Expo Sdn Bhd.
(Antara koleksi barangan kemas yang dipamerkan pada pameran Penang Signature Gold
dan Barang Kemas di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas)