fb fb fb fb fb

Usahawan OKU terus diberi bimbingan, latihan dan sokongan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) terus diberi bimbingan, latihan dan sokongan agar mereka berkembang maju seperti individu lain.

MicroBizReady dan latihan berstruktur antara inisiatif bagi memperkasa golongan ini khasnya dalam bidang keusahawanan digital (e-commerce).

Inisiatif itu jelas Presiden Majlis Belia OKU Malaysia (MBOKU), Mohd Faiz Shuhaimi dapat memberi pendedahan seperti pembinaan laman web dan strategi perniagaan secara percuma.

"Apa yang penting, kita mewujudkan ekosistem yang menyokong kepada usahawan, bukan sekadar mereka menyertai program dan program tersebut tamat, susulan lepas itu tidak ada.

"Itu perlunya diwujudkan program berbentuk 'mentoring', program berbentuk bimbingan keusahawanan yng berterusan supaya usahawan-usahawan OKU diluar sana, apabila mereka mempunyai sesuatu cabaran dan halangan, mereka ada pihak yang boleh mereka rujuk.

"Dari segi pembangunan perniagaan mereka juga dapat diperkemaskan," katanya kepada RTM.

(Mohd Faiz Shuhaimi)

Golongan OKU perlu berkemahiran tinggi dalam industri yang diceburi agar boleh bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Kita kena berdaya saing seiring insan lain supaya kita dapat memperkasakan diri kita, keluarga serta masyarakat.

"Supaya komuniti OKU dapat dilihat dalam pergerakan, satu kumpulan yang agak besar supaya dapat diperjuangkan dan terus diperkasakan dalam struktur pembangunan ekonomi," jelas usahawan OKU, Muhamad Asyraf Mahat.

(Muhamad Asyraf Mahat)

Media Baharu