fb fb fb fb fb

Malaysia-Singapura, hubungan simbiotik diperluas sesuai perubahan landskap semasa

SINGAPURA, 27 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap hubungan menyeluruh dan simbiotik antara Malaysia dan Singapura terus diperluas demi kebaikan kedua-dua negara dan rakyat.

Inisiatif itu penting bagi kedua-dua negara berikutan perubahan landskap geopolitik, geoekonomi dan geostrategi global.

"Begitulah juga, selaku negara pengasas Asean, Malaysia dan Singapura seharusnya terus bekerjasama antara satu lain dan negara anggota Asean yang lain juga, dengan rakan-rakan pilihan bagi memastikan Asia Tenggara akan menjadi wilayah keamanan, kestabilan dan kesejahteraan," titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian dalam Majlis Sambutan Negara di Istana Singapura, di sini bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke republik itu.

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)

Dalam pada itu, Presiden Singapura, Halimah Yacob berkata Malaysia dan Singapura juga akan terus menggalakkan pertukaran dan kepercayaan antara kedua-dua negara terutamanya dalam kalangan generasi akan datang.

"Pada Mei, Universiti Pengurusan Singapura menandatangani memorandum perfahaman dengan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas untuk meningkatkan pertukaran antara staf dan pelajar," katanya.

Lawatan negara Seri Paduka Baginda berdua melambangkan hubungan dua hala yang mesra dan erat selain menjadi jambatan memperkukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama dalam pelbagai bidang.

Media Baharu