fb fb fb fb fb

Warga RTM perlu tingkat kualiti perkhidmatan seiring transformasi teknologi

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Warga Radio Televisen Malaysia (RTM) diseru sentiasa mentransformasikan diri agar kualiti perkhidmatan sering dengan peredaran teknologi.

Gesaan itu dizahirkan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud ketika menghadiri Majlis Kesyukuran, Solat Hajat dan Bacaan Yasin bersama warga RTM, di Masjid Muhammadi, Angkasapuri.

Ia bersempena pelancaran Angkasapuri Kota Media.

"Harapan saya dengan tersergam indahnya bangunan Angkasapuri Kota Media ini dan juga peralatan yang tersedia, yang agak canggih berbanding dengan tempat-tempat lain dan moden.

"Dengan auditorium yang besar, yang baru dengan teknologi moden kita harap warga RTM itu sendiri dapat mentransformasikan diri mereka untuk sama-sama meningkatkan kualiti perkhidmatan, itu sangat penting," katanya di sini.

(Datuk Che Roslan Che Daud)

Majlis yang dipimpin imam Masjid Sultan Mizan Putrajaya, Ustaz Mohd Rahdi Abdul Ghani dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat serta solat Isyak.

Media Baharu