fb fb fb fb fb

Satu PPS dibuka di Kubang Pasu

KUBANG PASU, 27 Oktober- Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Binjai Jitra, di daerah ini, berikutan banjir di dua buah kampung malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi menerusi kenyataan memaklumkan, setakat pukul 3.00 pagi, seramai 88 penduduk terjejas daripada 27 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

PPS tersebut dibuka pukul 10.00 malam tadi dengan menempatkan penduduk terjejas dari Kampong Telok dan Kampung Bendang Dalam di mukim Binjai.

Ia melibatkan 51 dewasa, 22 kanak-kanak, 14 warga emas dan seorang bayi.

Kerja-kerja memindahkan penduduk turut melibatkan 79 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah.

(Seramai 88 penduduk terjejas daripada 27 keluarga ditempatkan
di PPS Sekolah Kebangsaan Binjai Jitra)

Media Baharu