fb fb fb fb fb

Usaha tingkat pendapatan pekebun kecil getah terus diberi perhatian

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Pendapatan pekebun kecil getah yang terjejas ekoran harga getah merosot sentiasa diambil perhatian

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching berkata, kerajaan telah bersetuju menaikkan paras harga pengaktifan Insetif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM4.70 sekilogram melibatkan peruntukan sebanyak RM350 juta.

"Walaupun jumlah itu adalah kecil tapi sebenarnya ia menyumbang satu jumlah yang besar di mana kita atau kerajaan akan mengeluarkan sebanyak RM350 juta kepada semua penerima itu nanti.

"Memang betul ianya boleh membantu 100% kepada kita punya pekebun kecil, tetapi insya-Allah kerajaan akan cuba memikirkan dengan kementerian yang lain sentiasa membuat perbincangan untuk mencari bagaimanakah makanisme akan dibuat untuk mencari supaya dapat menaikkan harga ini dengan bergantung kepada peruntukan atau keupayaan kewangan kerajaan," katanya.

(Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching)

Berhubung cadangan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM4.50 sekilogram, buat permulaan kementeriannya akan melaksanakan paras harga pengaktifan (IPG) sebanyak RM2.70 dahulu seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib di Dewan Rakyat.

Media Baharu